Doa Buat Sahabat

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Pocket
WhatsApp

Oleh: Sabri Yacoob (Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia)

Hari ini ialah tarikh penghakiman terhadap seorang kenalan yang saya kenali sebagai seorang yang dermawan, berdisiplin dan jujur terhadap pertuduhan terlibat dengan keganasan di bawah SOSMA, semata-mata kerana transaksi derma (pada jumlah yang kecil) yang beliau lakukan dengan sangkaan, penerima derma itu memerlukan wang untuk keperluan keluarga.

Beliau akan mengaku bersalah kerana tidak sanggup dihukum penjara tanpa disabit kesalahan selama beberapa tahun semata-mata untuk mendapatkan “keadilan” dengan perundangan yang ada. Tahanan SOSMA akan dipenjarakan sebelum pensabitan kesalahan dimahkamah, ada kalanya hingga 3 ke 4 tahun sebelum dibebaskan atau dijatuhi hukuman. Biasanya, tahanan terpaksa mengaku bersalah kerana tidak tahan dipenjarakan, lalu mengharap hukuman penjara selama 1 atau 2 tahun yang lebih ringan berbanding dipenjara semata-mata kerana menuntut keadilan di mahkamah.

Belum lagi dikira laporan oleh pihak HAM yang menyatakan pemaksaan pengakuan, seksaan tahanan dan pelbagai lagi terhadap tertuduh.

Akta seperti ISA dan SOSMA ini juga digunakan Zionist untuk menahan penduduk Palestine hingga mereka tidak dapat bertemu peguam atau ahli keluarga, cuma kedua akta di Malaysia ini lebih kejam kerana tempoh tahanan 28 hari untuk SOSMA dan 60 hari untuk ISA itu jauh lebih lama berbanding seminggu oleh Zionist.

Tak lupa juga, pihak Zionist yang kejam tu pun membayar elaun kepada keluarga tahanan yang dipenjara sebelum perbicaraan untuk menanggung sarahidup keluarga mangsa, sedangkan di Malaysia, nasib keluarga tahanan yang belumpun dibuktikan bersalah tidak dihiraukan.

Buat pemerintah Malaysia, ketahuilah, kalian akan berhadapan dengan peradilan di hadapan Allah di hari Mahsyar kelak. Apakah kalian sangka, kekejaman yang kalian lakukan itu terlepas dari pengetahuan Allah azzawajalla?

Hanya sebab membela mangsa yang dizalimi oleh akta draconian tidaklah bermaksud seseorang menyokong keganasan.

Begitu aneh umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, tetapi beranggapan Allah menghalalkan perbuatan menyeksa tahanan untuk mendapatkan pengakuan atau “bukti”.

Biasanya yang sembang tu tidak pernah melalui sendiri pengalaman.

Kebetulan saya sempat bersembang dengan seorang “mangsa keadaan”, yang ditahan kerana kes kecurian. Diambil polis di rumahnya tengah malam, katanya untuk bagi kenyataan, kemudian bila sampai ke balai, beliau dilokap. Dia minta kebenaran nak telefon isteri bagitau keadaannya pun tak dibenarkan. Isteri di rumah menunggu penuh khuatir, kenapa si suami tak balik-balik hingga ke pagi.

Dalam lokap, ada “spot check” lalu dia dibogelkan, dimalukan.

Dia dibebeaskan keesokan hari kerana tidak ada apa-apa bukti mengaitkannya dengan pertuduhan.

Dia telah dihukum, dimalukan tanpa apa-apa sebab, sebelum apa-apa bukti dikemukakan, apalagi sabitan kes, atau perbicaraan yang adil.

Ini berlaku di sebuah “negara Islam” yang bertamadun. Yang melakukan semua tu pun muslim juga. Menjenguk ke negara jiran, Densus 88 atau unit counter terrorism yang terkenal dengan kekejamannya dalam “menangani pengganas”, saya kira apa yang berlaku di Malaysia tidaklah jauh bezanya.

Para pelaku kezaliman ini boleh berbuat apa sahaja di dunia ini, dengan sangkaan, Allah tidak tahu perbuatan mereka. Sungguh Allah hanya memberi tangguh kepada mereka:

Firman Allah:
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ

(maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melewatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingungan) (Surah Ibrahim 42-43).

مَنْ ظَلَمَ قِيدَ شِبْرٍ طُوِّقَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ

‘Siapa yang menzalimi seseorang dalam hal sejengkal tanah, pada hari kiamat kelak ia akan dikalungi tujuh bumi.‘ [HR Al-Bukhari dan Muslim]. []

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Pocket
WhatsApp

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *