Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof: Malaysia Mampu Jadi Model Negara Islam

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menjadi model negara Islam terbaik jika masyarakat majmuk di negara ini saling mencari titik persamaan seperti yang dibawa Rasulullah SAW melalui kesempurnaan dan kehebatan akhlak Baginda.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata akhlak dan moral Baginda sukses menyatupadukan masyarakat Madinah hingga hidup aman, harmoni dan bersatu-padu walaupun dalam keanekaragaman kaum serta agama.

“Baginda menyampaikan pesan jelas bahwa Islam adalah agama harmonis, mengutamakan persaudaraan, keadilan, perdamaian dan menerapkan hubungan kasih sayang.

“Model negara Madinah hendaklah dijadikan contoh dengan menonjolkan akhlak dan moral terpancar dalam bentuk teori serta praktikal.

“Keadilan pemerintahan dan pengurusan Islam ketika itu bisa menjadi negara yang kuat,” katanya ketika berpidato di majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M.

Sambutan yang berlangsung di Axiata Arena itu dihadiri Yang di-Pertuan Agung, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Raja Permaisuri Agung, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat ke majlis itu.

Mujahid berkata, dalam kerangka Malaysia sebagai negara majmuk, kita perlu merangka pendekatan supaya kerahmatan Islam dapat dijelmakan dalam membina dan membentuk negara bercita-cita amat tinggi, yaitu ke arah negara rahmah.

“Umat Islam perlu mencari titik persamaan agar Malaysia diusahakan tanpa peduli apa pemahaman kita, sebagai negara Islam contoh yang menjunjung arti kesatuan dan perpaduan rakyat.

“Kita perlu berfikir dan bertindak ke arah capaian satu  tujuan  yaitu menuju kebaikan, kemajuan dan pembangunan seimbang yang akhirnya melahirkan ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur’ (negara yang baik dan diampuni Tuhan),” katanya.

Tambah Mujahid, penghayatan konsep rahmah oleh setiap individu Muslim amat penting supaya Malaysia dapat menjadi model negara Islam terunggul dan menciptakan kegemilangan dalam negara Islam dan bukan Islam sedunia.

Sambutan bertemakan ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’ itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis itu juga, pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019.

Empat orang lain jua menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, masing-masing menerima uang tunai RM20,000, trofi serta piagam penghargaan.

Mereka adalah ahli akademik, Prof Datuk Dr Asma Ismail; aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye; pelopor Hospital Mesra Ibadah, Datuk Dr Khalid Ibrahim dan aktivis kemanusiaan, Mohd Azmi Abdul Hamid. [] Gsg/BHO

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *